image atas

image atas

Monday, May 23, 2011

49. Anniversary perkahwinan ke 16

Sabtu 21 Mei merupakan ulang tahun perkahwinan ku.  Menjangkau usia 16 tahun amat ku hargai dengan pelbagai dugaan dan pasang surut kasih sayang, stress kerja, melayan anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai karenah yang kadang-kala amat memenatkan.
Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurnia Nya kami suami isteri dapat mengharungi semua rintangan bersama.  Dulu kurus sekarang dah cam kayu balak, ni menunjukkan banyak dah asam garam, tendang menendang dengan sikap pasangan masing-masing.

Nak cerita, selalu anak saya akan bertanya "Mama, mama jumpa papa kat mana" kata kakak (anak sulungku). Hamya mampu tersenyum, mahunye dia akan gelakkan aku kalau aku cerita yang sebenar.

"Papa, cam ne papa jumpa ngan mama ye.  Mama kat Johor, papa kat Terengganu" anak ku yang bungsu pula senang utk berdialog dengan papanye.  Yang pernah ku dengar papanye menyebut "Dulu papa jumpa ada seorang perempuan tu tengah menangis kat jalan, dia minta papa hantarkan keumahnye".  "Kat situ le papa kenal dengan family nye". Ehh menanah telinga ni dengar.

Rasanya tak perlu diceritakan hanya aku dan hubby je yang tahu hal sebenar, tak rela nak dikongsi dengan semua termasuk anak-anak kami.  Tapi nak maklum gak kami kenai 9 tahun baru dia nak merisik dan seterusnya kahwin. Saya mas tu tingkatan 5 (heeiii gatal tul dah ada boyfreind).  No..no i cuma kawan je ye.. masa tu hubby study kat UTM, Skudai.  

Pernah terputus hubungan, tapi masa saya semester 2 di UUM dia ada menghantar surat (ala dulu-dulu kan pakai surat, mana ada mel, telefon).  Nak grand sikit pakai telegram (apa hal lak bercinta pakai telegram... hu.. hu..

Ada berhubungan dengan guys lain tapi mungkin tak de jodoh tu yang clash masa kat U (tak le nak kenang lagi le..)

Cerita pasal hari perkahwinan.. dulu setakat sanding je.. mana ada photographer, tema-tema... Duit pun masa tu mana ada bnyk, baru keje 7 bulan.. tak mampu nak pakai tema, photographer..anyway rasanya macam semalam je peristiwa dan kenangan manis tu.  Alhamdullilah dipertemukan dengan hubby yang dari dulu menerima pendapat ku.. Cakap ngan dia i nak dia beli rumah sebelum kahwin.. pun dia turutkan. 
Untuk suamiku (yang tak romantis) terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan semoga Allah memberkati keluarga ini untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment