image atas

image atas

Monday, April 16, 2012

Antara mapan dan mampan

Mapan ke mampan?
Saya selalu menggunakan perkataan Mampan - merujuk kepada pembangunan sosial dan ekonomi tapi untuk mapan memang saya tidak pernah guna (tengok betapa kerdilnya saya, dah mencapai 4 siri pun tidak mengetahui ada perkataan itu, mesti diketawakan oleh anak-anak dara ku).  Melalui pembacaan pernah jumpa tapi baca setakat baca je kot)..

Selalu saya berpesan pada anak-anak supaya sentiasa menyemarakkan diri dengan perkataan yang simbolik tetapi banyak makna dan maksud.. tapi hari ini pecah rahsia, mamanya pun tak banyak perkataan yang tahu, selalu guna dan praktik..

Jumpa keratan dibawah - mujur terjumpa, kalau tak sampai bila-bila pun tak tahu.. Terima kasih Allah kerana memberi saya ilmu pada hari ini. Nak buat tema utk perhimpunan bulanan tu yang menjajau (faham ke) cari perkataan.


Internet ibarat pisau..kalau digunakan untuk kebaikan insyallah akan berolehlah kebaikan dan rahmat, jika digunakan utk membunuh akan menjadilah kerosakan kepada diri sendiri dan orang lain.. Sekian takzirah dari saya utk semua.. (kalah Ustazah Bahiyah).

No comments:

Post a Comment