Mapan ke mampan?
Saya selalu menggunakan perkataan Mampan - merujuk kepada pembangunan sosial dan ekonomi tapi untuk mapan memang saya tidak pernah guna (tengok betapa kerdilnya saya, dah mencapai 4 siri pun tidak mengetahui ada perkataan itu, mesti diketawakan oleh anak-anak dara ku). Melalui pembacaan pernah jumpa tapi baca setakat baca je kot)..
Selalu saya berpesan pada anak-anak supaya sentiasa menyemarakkan diri dengan perkataan yang simbolik tetapi banyak makna dan maksud.. tapi hari ini pecah rahsia, mamanya pun tak banyak perkataan yang tahu, selalu guna dan praktik..
Jumpa keratan dibawah - mujur terjumpa, kalau tak sampai bila-bila pun tak tahu.. Terima kasih Allah kerana memberi saya ilmu pada hari ini. Nak buat tema utk perhimpunan bulanan tu yang menjajau (faham ke) cari perkataan.
Internet ibarat pisau..kalau digunakan untuk kebaikan insyallah akan berolehlah kebaikan dan rahmat, jika digunakan utk membunuh akan menjadilah kerosakan kepada diri sendiri dan orang lain.. Sekian takzirah dari saya utk semua.. (kalah Ustazah Bahiyah).
image atas

Monday, April 16, 2012
Sunday, April 15, 2012
Lagi tips penulisan teks ucapan
Penulisan Teks Ucapan: Mengekalkan Tumpuan Perhatian Pendengar
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak dari sini
(Petikan teknik penulisan teks ucapan rasmi ini dapat dimanfaatkan oleh para penulis, termasuk penulis blog.)
Ucapan untuk didengar oleh khalayak. Khalayak dianugerahi sepasang telinga, iaitu satu kiri dan satu kanan. Sepasang telinga itu dapat ditadah secara serentak untuk menerima apa-apa yang diucapkan dan seterusnya untuk diproses oleh otak dan untuk diserap oleh hati. Apabila khalayak tersenyum pada tempatnya, ketawa kecil pada tempatnya dan mengangguk-angguk pada tempatnya, itu sebahagian daripada tanda bahawa tumpuan perhatian mereka sudah ditawan oleh keistimewaan ucapan kita.
Sepasang telinga itu mungkin juga mempunyai fungsi yang berlainan. Telinga kanan dapat berfungsi menerima mesej dan telinga kiri melakukan fungsi yang bertentangan, iaitu menjadi jalan keluar mesej itu. Antara sebab hal ini terjadi ialah ucapan yang kita tulis itu kurang sedap didengar oleh telinga. Tegasnya, penulis teks ucapan kurang upaya membantu pengucap memikat dan mengekalkan tumpuan pendengaran khalayak.
Kita dapat membantu pengucap memikat dan mengekalkan tumpuan perhatian khalayak dengan dua cara. Cara pertama ialah menghidangkan isi yang bernas, berkualiti dan terkini. Cara yang kedua ialah menggunakan gaya bahasa yang sesuai untuk pendengaran. Jika kita memanfaatkan kedua-dua cara ini, insya-Allah, kita dapat membantu pengucap memikat dan mengekalkan tumpuan perhatian khalayak.
Cara yang kedua mungkin kurang mendapat perhatian kita kerana lazimnya kita menulis untuk dibaca, bukan untuk didengar. Sebagai penulis teks ucapan rasmi, kita perlu memanfaatkan penggunaan gaya bahasa yang sesuai untuk pendengaran. Kita perlu menggunakan, menggarap dan memanipulasi gaya bahasa untuk pendengaran. Kita perlu menggunakan gaya bahasa untuk pendengaran dalam teks ucapan rasmi kita dengan bersungguh-sungguh dan sebaik-baik yang mungkin. Dengan cara ini, insya-Allah, kita dapat membantu pengucap memikat dan mengekalkan tumpuan perhatian pendengar.
Secara umumnya, bahasa yang sesuai untuk pendengaran ialah bahasa yang baku, tepat, indah dan berkesan. Apabila kita menggunakan bahasa baku, pendengar akan memahami ucapan kita. Apabila kita menggunakan bahasa yang tepat, mereka lebih memahami ucapan kita. Apabila kita menggunakan bahasa yang indah, mereka akan terpegun mendengar ucapan kita. Apabila kita menggunakan bahasa yang berkesan, mereka akan memberikan reaksi yang bersesuaian dengan ucapan kita. Mereka tersenyum, ketawa kecil, mengangguk-angguk dan bertepuk sebagai tanda mereka memahami, merasai, menikmati, menghayati dan menghargai ucapan kita. Situasi ini menunjukkan mereka menghargai pengucap. Secara tidak disedari sebenarnya mereka juga menghargai penulis teks ucapan itu.
Sebagai contoh, dari segi penggunaan bahasa baku – iaitu baku dari segi penggunaan perkataan, baku dari segi penggunaan ungkapan, dan baku dari segi struktur ayat – memungkinkan komunikasi melalui pendengaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Sebaliknya, penggunaan bahasa yang tidak baku – yang perkataan-perkataannya hanya difahami oleh kelompok atau pengguna dialek, yang susunan ungkapannya lintang-pukang, dan yang binaan ayatnya bercelaru – menyebabkan komunikasi kurang berkesan atau terhalang.
Satu contoh lagi, dari segi penggunaan bahasa yang indah – bahasa yang sedap didengar oleh telinga, bahasa yang ada rentak irama, dan bahasa yang puitis – memungkinkan khalayak mendengar ucapan kita dengan teliti perkataan demi perkataan, ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan hingga ucapan kita selesai dan mereka sambut pula dengan tepukan yang bergemuruh. Sesungguhnya, secara tidak langsung, tepukan gemuruh dapat dikongsi bersama oleh penulis teks ucapan.
Panduan yang berikut perlu dimanfaatkan oleh penulis teks ucapan untuk memikat dan mengekalkan tumpuan perhatian pendengar.

- Memperbanyak penggunaan perenggan deduktif.
- Mempelbagaikan penggunaan perenggan, iaitu ada banyak perenggan deduktif, ada sedikit perenggan induktif dan ada sedikit sahaja perenggan eklektik.
- Mengelakkan penggunaan perenggan yang kacau atau tidak dapat dikenal pasti sistem penyusunannya.
- Menggunakan ayat yang jelas subjek dan predikatnya.
- Mematuhi format penulisan teks ucapan rasmi.
- Menggunakan teknik pengulangan tema, frasa dan perkataan.
- Memperbanyak pengulangan tiga serangkai seperti “demi pensyarah IPTS, demi staf IPTS dan demi pelajar IPTS”, “pensyarah yang berilmu, berkemahiran dan berdedikasi”, dan “antara ilmu, kemahiran dan sikap”.
- Menggunakan teknik peralihan yang jelas seperti “seterusnya marilah sama-sama kita renungi satu faktor lagi” sebagai menggantikan “satu faktor lagi” dan “untuk mengatasi masalah disiplin yang kritikal seperti yang saya huraikan tadi” sebagai menggantikan “untuk mengatasi masalah itu”.
- Mengelakkan penggunaan kata ganti seperti ini dan itu, dan menggantikannya dengan frasa seperti “faktor keikhlasan guru ini” untuk “faktor ini” dan “kelima-lima faktor yang saya nyatakan tadi” untuk “kelima-lima faktor itu”.
- Menggunakan perkataan atau frasa yang menunjukkan urutan.
- Menggunakan kata ganti diri yang dapat mengintimkan pengucap dengan pendengar seperti saya, kita, dan anda. (Hati-hati menggunakan kata ganti ini.)
- Menggunakan mutiara kata seperti madah pujangga, lidah pendeta, peribahasa dan simpulan bahasa.
- Menggunakan kata ulama, hadis dan ayat al-Quran untuk menyokong hujah.
- Menggunakan penanda wacana.
- Menggunakan contoh yang dapat menghidupkan suasana seperti anekdot ringkas yang melucukan tetapi mempunyai maksud yang mendalam seperti “haram makan ayam yang tidak disembelih” dan “mencuci kaki lima kali sehari”.
Tip menulis teks ucapan
Sedang memerah otak utk sediakan teks ucapan Big Boss..sambil-sambil tu cari maklumat jumpa ni okey gak ..
Kredit kepada : studioperintis@perintis.com.my
Pendahuluan
Dalam sesuatu acara atau majlis pasti kita biasa mendengar ucapan daripada tuan rumah dan ucapan tamu kehormat selain ucapan pengacara majlis. Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda yang perlu menyampaikan ucapan atau anda ditugaskan untuk menulis teks ucapan untuk ketua anda atau tamu kehormat dalam majlis yang dianjur oleh organisasi tempat anda bertugas? Apakah yang perlu anda lakukan pada ketika itu? Adakah anda akan mencuba memberikan pelbagai alasan untuk menolak? Kemungkinan kali pertama, kedua atau ketiga anda berjaya melepaskan diri, tetapi kali yang seterusnya, anda mungkin akan perlu melakukannya juga. Oleh itu, apa kata jika anda bersedia dari sekarang menyiapkan diri anda untuk menulis teks ucapan yang berkesan untuk diri anda sendiri atau untuk ketua anda.
Lazimnya, terdapat banyak jenis ucapan; ada ucapan tahniah, ucapan penghargaan, ucapan politik, ucapan perpisahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buku ini hanya berfokus kepada teks ucapan alu-aluan, teks ucapan perasmian dan teks ucapan perpisahan.
Jenis-jenis teks ucapan
Telah dinyatakan tadi bahawa buku ini hanya berfokus kepada tiga jenis teks ucapan.
Yang berikut merupakan ciri-ciri teks ucapan tersebut.
Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan.
Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.
Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan.
Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan institusi yang mengundang dan harapan tetamu.
Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang diraikan.
Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang yang diraikan.
Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.
Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke rumah.
Isi kandungan buku sepintas lalu
Buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan tentang cara menulis teks ucapan dan contoh teks ucapan. Terdapat lima bab dalam buku ini, iaitu:
Bab 1 – Penulis teks ucapan
Bab 2 – Panduan asas penulisan
Bab 3 – Senarai panggilan hormat dan pantang larang dalam teks ucapan
Bab 4 – Pincang bahasa, pincanglah teks ucapan
Bab 5 – Koleksi contoh teks ucapan
Bab 1 memperkenalkan penulis teks ucapan dan kriteria yang ada pada penulis teks ucapan.
Dalam Bab 2, diberikan panduan asas penulisan teks ucapan termasuk cara menyediakan teks ucapan dan isi kandungan teks ucapan. Dalam bahagian ini juga diterangkan serba ringkas tentang format penulisan teks ucapan secara umum.
Dalam Bab 3, diberikan senarai panggilan hormat dan pantang larang dalam teks ucapan. Bahagian ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Senarai panggilan hormat tamu kehormat
2. Senarai panggilan hormat audiens
3. Pantang larang dalam teks ucapan
Bab 4 pula menyentuh tentang kesalahan bahasa yang perlu dielakkan dalam teks ucapan agar teks yang disediakan tidak pincang. Kesalahan bahasa yang disentuh melibatkan kesalahan bahasa yang lazim dilakukan semasa bercakap dan menulis.
Akhir sekali, dalam Bab 5, dimuatkan 16 contoh teks ucapan yang berfokus kepada teks ucapan alu-aluan, teks ucapan perasmian pelbagai majlis dan teks ucapan perpisahan untuk bacaan dan rujukan anda. Hal ini bertujuan untuk membantu anda menyediakan dan menulis teks ucapan dengan baik dan berkesan.
Di samping itu, cadangan majlis lain yang bersesuaian dengan setiap contoh teks ucapan turut diberikan.
Petikan dari Bab 2: Panduan Asas Penulisan
Kita sering terpegun dan tertawan apabila mendengar ucapan daripada tetamu atau tokoh-tokoh tertentu. Tahukah kita bahawa ada antara teks yang kita dengar dalam majlis-majlis tertentu bukan ditulis sendiri oleh penyampai ucapan tetapi ditulis oleh orang lain? Soalnya, siapakah yang menulis teks ucapan tersebut?
Anda telah pun mengenali penulis teks ucapan. Kini, tiba masa untuk anda mengetahui cara penulisan teks ucapan.
Teks ucapan yang menarik dan berkesan bukan sesuatu yang mudah untuk dihasilkan tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil untuk dilakukan jika setiap daripada kita mengetahui cara menghasilkan dan menulis teks ucapan yang menarik dan berkesan. Sebenarnya, tidak banyak daripada kita mengetahui cara menghasilkan teks ucapan yang baik dan berkesan. Oleh itu, marilah kita mempelajari cara penulisan teks ucapan yang betul dan mudah.
Prapersediaan dalam menyediakan teks ucapan
Sebagai penulis teks ucapan, anda harus mengetahui beberapa perkara sebelum menyediakan teks ucapan. Perkara yang perlu anda ketahui ialah:
i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?
Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu mengetahui orang yang akan membaca teks tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis mesti selari dengan jawatan, perawakan dan latar belakang pendidikan orang tersebut.
ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan tersebut?
Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk disampaikan kepada audiens yang dalam golongan pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang akan mendengar ucapan tersebut.
iii. Siapakah tetamu yang akan hadir?
Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur. Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alu-aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan hormatnya.
iv. Apakah tujuan majlis tersebut?
Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks ucapan tidak mengetahui tujuan majlis diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan yang ditulis.
v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu berlangsung?
Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan yang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris.
vi. Apakah bahan atau maklumat yang perlu dicari?
Bahan atau maklumat yang perlu dicari bergantung pada majlis. Jika majlis yang akan dilangsungkan berkaitan dengan sambutan kemerdekaan, maka bahan atau maklumat yang perlu dicari mestilah berkaitan dengan kemerdekaan atau semangat patriotisme.

Duit baru
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang baru mulai Julai 2012.. nampak cantik, harap kualitinya pun setara.. Tapi yg paling tak best duit la ni dah tak de nilai..
Credit kepada Metro
BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)