image atas

image atas

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Pejam celik-pejam celik wah dah tahun 2013 rupanya.
Dalam kesibukan mencari rezeki, mengurus diri dan keluarga 12 bulan begitu cepat rupanya berlalu.  Dalam kepayahan mencari kejayaan dan menghuraikan kekusutan dan kekecewaan menjelma tahun baru beserta dengan penuh pengharapan agar tahun akan datang lebih bermakna.

Pencapaian tahun 2012 dijadikan sejarah, pencapaian 2013 ditetapkan dan dinilai utk dijadikan perbandingan tahun berikutnya..Hmmm umur pun dah mencapai 43 tahun ini. 

Senarai pencapaian tahun 2012
Kerjaya
- pencapaian signifikan penarafan portal - 4 (masih top 5)
- anugerah APC
- pengiktirafan VC jabatan
- yg lai-lain dah lupa (kejayaan tak perlu dikenang)

KPI tahun 2013
- anak-anak mesti meraih kejayaan PMR (8 A) dan UPSR (5A) - janji tau..nanti mama bawa kau orang ke Australia
- peningkatan ke 5 bintang penarafan portal
- lain-lain cam biasa - semua kena top 3 peringkat kebangsaan
- kuruskan badan (58 kg) ha..ha.. (bole caya ke ni)

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013



-


Sunday, December 23, 2012

Hangin badan

Berkobar-kobar datang opis utk clear kan semua kerja bagi tahun 2012 yang masih perlu disemak.  Tapi mood tiba-tiba merundum je.. Aplikasi hebat, tapi nak akses punye le derita.  Masalah di Malaysia, banyak ide utk dilaksanakan tetapi tiada team yang boleh laksanakan mengikut prespektif tempatan. 

Dan akibatnya belanja dikeluarkan berjuta-juta, perlaksanaan menjadi masalah.  Diperingkat akar umbi yang mengecam kerana perlaksanaan memang menjadi masalah. 

Hasilnya

Motivasi pekerja pun menurun.. pencapaian organisasi ke laut.. pelanggan akan kecewa.

Monday, October 29, 2012

Takut

Suka lagu ni tapi takut le..
Ya Allah, kau panjangkan umur ku, murahkan rezekiku, dan seandainya telah sampai nanti ajalku kau ambillah aku dalam iman..Amin..

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft MaliqueKetawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Manja

Ada seorang budak pelatih industri ni, memang manis dan cantik lapor diri ke jabatan saya utk latihan industri selama 6 bulan.  Pengajian dari sebuah IPTA di negeri pantai timur. Adat pelatih le kan masuk ke jabatan memang kena bagi assignment untuk melengkapkan pengalaman, not more than that. 

So my staf ada le bagi develop sistem utk rekod n tracking permohonan dan kelulusan.  Nampak senang, ni masa saya jadi developer dulu le.. Permohonan manual then keyin utk daftar serta kelulusan serta dokumentasi dan reporting.  Biasa kan..

tup..tup dah dua bulan kata nak tarik diri dari LI.  Guna alasan ada masalah peribadi.  Siasat punya siasat rupanya tak yakin dengan kebolehan diri utk develop sistem rupanya.  Sampai satu tahap jumpa kaunselor utk dapatkan nasihat.

Hari ni, her dean call saya bertanyakan masalah sebenar.  So i cerita le so-so..

Meroyan dibuatnya.  Pertama kali dalam sejarah saya, PI buat hal cam ni, menjatuhkan reputasi saya dan jabatan saya je..Cam mana ni.

Dia tak tahu, saya dulu buat praktikum kat kilang memang berdua dgn kawan karib, tapi kat kilang pada masa tu mana ada programmer, n system analyst.  Sampai kat situ kena buat kerje-kerja clerical je.. Sampai satu tahap jumpa management nak develope system utk fullfillkan requirement praktikal - semua wajib ada PROJEK. 
Semua pada masa tu kena fikir sendiri dari pemilihan database, bahasa pengaturcaraan dsb.  Semua pecah otak nak memikir sebab nak distinction punya pasal.  Masih teringat buat coding guna dBase IV.  Develope system Laporan untuk eksport n import barangan elektronik melalui kastam.  Okey lah dalam tempoh 6 bulan siap sistem tu sampai keluar reporting, n documentation.  Okey je..

Budak2 sekarang lain cerita rupanya.  Kalau boleh nak ada team sendiri utk develope, tak tahu esok ko kerja memang alone buat dari A to Z , melainkan keje kat company besar yg projek million2 develop sistem.

Huh...mencabar sungguh deal dengan generasi Z ni.

Sunday, September 30, 2012

Masih sempat

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah bersetuju melaksanakan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 disetarakan. Jadual Waktu Peperiksaan haruslah dipatuhi mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :


BilPeperiksaanTingkatanMulaAkhirTarikh Akhir Key-In Markah (SAPS)
1Peperiksaan Akhir TahunTingkatan 224 Okt, 20121 Nov, 201230 November 2012
2Peperiksaan Akhir TahunTingkatan 42 Okt, 20121 Nov, 201230 November 2012



Sehubungan itu, diminta untuk memanjangkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun yang berkenaan kepada semua guru dan pelajar-pelajar yang terlibat di sekolah tuan.


Matapelajaran Sejarah Kertas 3 bertarikh 22 Oktober, 2012 ( Isnin ) perlu disetarakan tarikh dan waktu pelaksanaan kerana soalan ini disetarakan di peringkat negeri. Mohon semua sekolah mematuhinya.

Wednesday, September 26, 2012

Rupa lebih indah dari khabar

Rabu
26 September 2012

Minggu ni memang agak sibuk. Kat pejabat asyik attend mesyuarat je.  Dah muak sangat dok kat opis, so decide attend taklimat inisiatif ICT Sekolah di Melaka gi dari 26 hingga 28 September.

Nak pergi memang berbelah bagi.. rasa bersalah pada anak2.  Sedih, susah hati.  Tapi memikirkan kerja kena le gi.  Pastu boleh le keluar opis memang berbaloi baloi.  I need a break okey.

Taklimat kat Melaka.. Hotel Majestic.   Tengok kat internet cam old mansion je.. satu rumah lama.  Bertolak dari rumah jam 1.30 petang, alhamdullillah selamat sampai jam 4.00 petang kat hotel.  Dari Skudai ke Simpang Renggam punye le mengantuk..rehat kejap kat Hentian Rehat Simpang Renggam sy lelapkan mata 10 minit.  Then teruskan perjalanan.  Okey gak dengan berbekalkan buah2an potong betik dan honey dew, rasa mengantuk je makan buah..


Ni pandangan masa mula jumpa hotel


Pusing-pusing cari parking (sampai 2 kali ko), masuk parking masih tak percaya mana bangunan  hotelnya..tercari2 sy.

Tu dia rupanya hotel kat belakang.. bangunan 10 tingkat kat belakang rupanye.


Dapat bilik je wow.. WTF (What the Fantastic) hebat decor, selection furniture, design bilik mandi siap ada jakuzi tau.. katil ..pergh..kalau tak de taklimat maunya saya nak terus tidur..

Best sesangat...


 
 Bilik Mandi yang owesome


Jakuzi utk mandi lulur

 


Anak sapa la ni..mmm
 


Nampaknya cam hotel 5 bintang (lebih kurang Marriot).. tapi bab makan masih menang  lagi Marriot Putrajaya..







Wednesday, September 19, 2012

Carcamarba



Semua mengenali beliau. Tak kira yang muda, yang tua, yang tak berapa tua.. Siapa yang tak kenal kan... Dato Nicol David - dah 6 kali juara peringkat dunia utk squash.  Kira darab congak dah banyak pengiktirafan belaiu terima.  Tak kira dalam bentuk duit, dalam bentuk gelaran dll.  Yang terkini dapat pengiktirafan Mejer Kehormat pulak.   Geng TUDM mesti ramai tak puashati kan.. Senang..senang dapat title Mejer Kehormat. Dah rezeki kan.

Dari utusan Melayu
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David ditauliahkan pangkat Mejar Kehormat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disempurnakan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud hari ini.
Pentauliahan itu sebagai penghargaan kepada sumbangan atlet tersebut kepada negara dalam sukan skuasy sekali gus menjadikan beliau sebagai ikon kepada warga Malaysia khususnya anggota TUDM.
Rodzali berkata, sikap dan semangat juang yang dimiliki Nicol seharusnya dicontohi setiap warganegara Malaysia khususnya generasi muda bagi mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.
Menurutnya, sesuatu kejayaan tidak hadir dengan mudah sebaliknya ia dicapai dengan semangat dedikasi, usaha berterusan dan kerja keras.

Tapi tak pasti ada kena mengena ke kejayaan squash dengan pangkat Mejer.  Kat Malaysia ni dah merapu semua pengiktirafan.. Dah celaru.. senang sangat nak bagi kat orang yang berpengaruh. 

Suka

2 hingga 3 minggu lepas rumah saya memang berhabuk.  Sini habuk, sana debu, situ habuk.   Impaknya saya dan anak-anak kena le mop.  Kejap,,kejap mop.  DH korek sana, tampal sini.  Hmm sakit hidung saya yg dah resdung.

Alhamdullillah minggu ni masih ada ubahsuai dibuat tapi dalam keadaan yang minima.  Tak de major ubahsuai.  Tinggal nak mengemas dan menyusun semula perkakasan dapur saya.  Rupa-rupanya saya ni suka sangat menyimpan segala harta karun tok nenek.  Semalam mengemas, habis semuanya saya kutip, basuh dan sebahagiannya kena buang sebab sudah tidak diperlukan lagi. 

Lega rasanya kabinet yg saya impikan dah siap.  Dry kitchen cabinet utk family.  Selama ini saya hanya ada satu wet kicthen cabinet je.. kat situ tempat masak, potong bawang, simpan peralatan cooking.  Dah ada yang baru boleh le kemas sedikit rumah saya.

Lepas ni saya dah tak nak BELI barang/perkakasan dapur (kat rumah dah banyak)
Saya juga berjanji tak nak beli lagi peralatan elektrik untuk dapur sebab semuanya saya dah ada dari Bread Maker ke Presure Cooker semuanya belum pakai.

Tapi tengok dulu le cam nak beli PAN AJAIB (HAPPY PAN) yang bole bakar ikan, panggang ayam etc.  Yg ni memang belum ada, so kena beli kot..Ha..ha...

Fokus

Dalam minggu ini banyak aktiviti yang tidak berfokus dijalankan.  Kalau tak berfokus sudah tentu banyak masa dibazirkan.   Tiada kualiti dalam mengurus masa kata pakar kaunseling.

Minggu ini juga bermula perjalanan boss saya melengkapkan Rukun Islam ke 5.  Ramai rasanya rakan2 lain dinegeri lain yang menjadi tetamu Allah.   Syukur mereka diberi peluang dan rezeki.  Abang long sy juga dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Saya bila lagi ye..??  Minggu lepas, semasa pemantauan UPSR sy ke Kulai, lepas selesai semua pemantauan sy singgah sebentar di Tabung Haji Kulai, kebetulan pula memang dah banyak kali nak kemaskini tapi asyik tertangguh.  So dapat le kemaskini buku. 

Alhamdullillah ada le dekat RM 16,000 dalam TH.  Rasanya dah bole pergi haji ni.. tapi dah cukup ke taubat yang dibuat.  Kata orang.. orang ye bukan kata monyet..nak gi sana kena banyakkan solat taubat, bayar mana2 yang terhutang (ibadat le).

Insyallah le jika ada kesihatan diri sy bercadang utk mengerjakan haji pada usia 52 tahun (ada 10 tahun lagi).  Masa tu adik dah 21 tahun, kakak pun dah 24 tahun boleh le ditinggalkan.  Sementara ni kita enjoyyy!!!

Tuesday, September 18, 2012

Kesal..

Kesal yang tidak boleh pandang ringgan. Walaupun semua manusia memang pernah  membuat kesilapan, tetapi setiap tindak tanduk perlu difikirkan kesan, akibat dan impak. 

" Bila mana setiap kerja dilakukan tanpa perancangan
Bila mana perancangan hanya tinggal perancangan
Bila mana tanggungjawab tidak dihayati
Bila mana akauntabiliti dijadikan liabiliti
Bila mana kerja tidak dijadikan ibadah
Tinggallah kerja hanya dijadikan sumber pendapatan "

Rutin yang biasa akan dilihat semula.  Itulah pengajaran namanya.

Wednesday, August 29, 2012

Coretan Hari Raya 1433H

Salam,

sana-sini menayang juadah hari raya, pakaian hari raya, kunjuungan hari raya..meriah betul.  Tuan rumah blog ni je yang tak menayang.. sebabnya berhari raya bukan di kampung sendiri.  Serba serbinya canggung dan berbeza (walhal dah 17 tahun hidup bersama). Sambutan serba serbi tak kena..dari segi hidangan, mood berhari raya dll.  Teruk betul saya ni..macam tak mesra dengan keluarga mertua kan..

Saya balik ke rumah mertua sehari sebelum raya (sabtu).  Itu pun jam 11.30 tgh baru bertolak dari rumah.  Saya berhenti sembahyang Zohor jam 3.50 ptg di Petronas, Pekan.  Meneruskan perjalanan boleh DH sesat.. masuk bandar Kuantan.. tu yang lambat, banyak traffic light, dengan hujan renyai-renyai.  Sepanjang perjalanan nampak PARAM tapi memang tak meriah mungkin sebab ramai yang dah sibuk buat persiapan hari raya.

Kami berbuka puasa di Kemaman, sebelum tu berhenti sekejap di Kijal untuk beli lemang..mak oooiii semua kedai dah buat utk tempahan hidangan esok pagi raya.  Satu kedai je yang dapat.  Okeylah berbaloi-baloi, sebatang lemang RM 5.00 (berbanding di JB dekat RM 12.00 - mahai tau, belum tentu masak dalamnya, cukup lemaknya).  Jam 7.30 petang kami berhenti di sebuah kedai makan untuk berbuka puasa, terus tekad berhenti khuatir tak de kedai lain yang buka time tu.  Mak oii mahal makan di Kemaman, hidangan nasi utk 4 orang dnegan air berperisa dah RM 31.00.  Lauk kami ayam goreng seketul seorang tambah lauk lemak pucuk paku (midin) je..  Tapi rasanya memang owesome.  Sedap le kat tekak dan serupa saya masak kat umah.

Lepas berbuka kami meneruskan perjalanan dan sampai di umah mak mertua jam 8.30 malam.  Alhamdullilah.  Tengok mak mertua dah siap merebus ketupat daun palas, tapai pulut.. I tinggal makan ja.  Adik ipar pun dah hampir siap masak sambal kacang.  Senangnya hati saya.

Pagi-pagi jam 5.00 saya dah bangun, berhajat nak masak rendang ayam.  Anak-anak saya memang suka rendang ayam, makan dengan nasi impit..memang mabeles.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Idil Fitri

Kemeriahan Syawal telah sampai kemuncak.  Sana sini semua orang membuat persiapan terakhir Ramadhan.  Tak kurang ada sebahagian yang telah memulakan cuti pada hari ini.
Saya ..hmm cam biasa akan cuba menyibukkan diri utk kerjas..sebabnya ada laporan pemantauan yg telah saya buat pada minggu ini perlu didokumenkan utk mudahkan pelaporan pemantauan.

Minggu ni saya memang sibuk .. sibuk dengan kerja rumahtangga dan juga kerja dipejabat.  Hari Isnin dan Rabu saya outstation utk pemantauan di daerah Benut dan Muar.  Apa lagi sambil itu menyelam le minum air..

Pemantauan sekolah ..sebenarnya bukan bidang saya..sy tak cukup haul utk buat pemantauan.. saya hanya membantu sahaja.  Tapi yang best balik rumah semua mengangkut hamper dan buah tangan dari sekolah.  Dah musim raya mesti le kuih raya.. Terus terjunam semangat nak buat biskut raya.

Esok - Jumaat sy nak buat kek dan mengemas rumah.  Rumah masih bersawang..sy suruh kakak dan adik mengemas..harap-harap balik nanti rumah jadi kemas bukan menambah kerja saya mengemas.  Masing-masing dah besar sebenarnya bole diharap untuk membantu saya tapi tak letak ukuran yang tinggi.. takut kecewa sahaja.  Budak-budak zaman sekarang mana pandai mengurus hal ehwal rumah.

Hari Sabtu lepas sahur baru le bole balik kampung ke Terengganu, sengaja tak nak balik awal.  Tahun ni saya merelakan hati (baik kan saya) utk balik ke Terengganu memandangkan tahun depan kakak dan adik akan menduduki peperiksaan penting - PMR dan UPSR.  So musim raya tak perlu le berjalan-jalan jauh so boleh le beraya sakan di Pontian.  Anak-anak memang tak happy tapi kena paksa dan harap mereka dapat bertolak ansur.  Bukan kena buli tapi sikap bertolak ansur tu yang penting.



Wednesday, August 15, 2012

MEWAH yang membawa KEKUFURAN

Sebagai penutup kepada Ramadhan al Mubarak yang akan beredar beberapa hari lagi..renungan semula utk tahun akan datang.

BEBERAPA tahun lalu, mungkin ada antara kita masih ingat lagi perbualan seorang lelaki Somalia dengan seorang ulama dalam satu rancangan televisyen bual bicara di sebuah negara Arab yang sungguh menyentuh perasaan.
Mana tidaknya, dalam sesi bual bicara itu, lelaki berkenaan bertanya sama ada berdosakah bagi dirinya jika meninggalkan sahur dan tidak berbuka puasa pada Ramadan seperti dituntut.
Soalan lelaki itu sekali gus menyebabkan ulama berkenaan bercucuran air mata kerana mungkin belum pernah terlintas di fikirannya sebelum itu dan memandangkan Somalia adalah negara yang dikenali masyarakat dunia dengan krisis kebuluran masyarakat di sana.

Tampak beliau ikhlas mahukan jawapan mengenai soalan yang berlegar di fikiran, tetapi pada masa sama menyentap hati orang yang mendengarnya dan seharusnya membuatkan kita untuk bermuhasabah.



Dalam sebuah kisah lain, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan keterangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Hakim berkenaan duduk termenung menyemak pertuduhan nenek terbabit yang mempertahankan tindakannya disebabkan hidup miskin selain anak lelakinya sakit serta cucunya kelaparan.

Namun, pengurus ladang tuan punya ladang ubi berkenaan tetap tegas dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata: “Maafkan saya, bu... saya tidak dapat membuat pengecualian undang- undang. Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum.

“Saya mendenda anda Rupiah (Rp) 1 juta (RM350) dan jika anda tidak mampu bayar, anda harus masuk penjara selama dua setengah tahun, seperti tuntutan undang-undang.”

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya, kemudian mengambil dan meletakkan wang Rp1 juta ke dalam topinya serta berkata kepada hadirin di ruang mahkamah: “Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp50,000 (RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpul denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk, nenek itu mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp3.5 juta dan sebahagian dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya.

Setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang, termasuk wang Rp50,000 yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Sejauh mana kebenaran kisah ini tidak diketahui, tetapi paling penting pengajaran yang boleh diambil daripadanya untuk kita sentiasa bermuhasabah. Bermuhasabah untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan tidak kufur terhadap nikmat-Nya.

Namun, di negara kita antara penyebab meriahnya Ramadan kerana kewujudan pelbagai bazar Ramadan yang boleh dianggap sebagai tapak pesta makanan yang tidak ada pada bulan lain.

Bazar Ramadan di sana sini sesak dengan pengunjung yang berpusu-pusu membeli ratusan menu disediakan.

Sebut saja masakan Melayu, Barat, Arab, Cina atau India, semuanya ada di negara kita. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki melimpah ruah yang diberikan Allah SWT kepada kita.

Namun pada masa sama, di sebalik kesenangan yang kita kecapi, kadangkala terpalit juga rasa kurang bersyukur. Sering kita mengeluh atau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap rezeki dikurniakan.

Ada saja komen seperti tidak menepati cita rasa, kurang tepung, kurang garam dan macam-macam lagi.

Tidak kurang juga pembaziran yang berlaku terhadap lambakan makanan yang memenuhi tempat pembuangan sampah. Saya yakin Ramadan menyebabkan jumlah sampah-sarap lebih daripada bulan lain kerana pembaziran ini.

Pesta makanan diteruskan menjelang Aidilfitri. Pastinya jadual kita dipenuhi undangan rumah terbuka daripada sanak saudara dan rakan taulan.

Sehingga kadangkala terkeliru adakah kita lari daripada prinsip kehidupan yang sepatutnya ada dalam diri kita iaitu ‘makan untuk hidup’, atau sebaliknya kita lebih terarah kepada ‘hidup untuk makan’.

Pada saat kita menikmati ayam percik, nasi ayam, nasi beriani dan macam-macam lagi, ada yang hanya berbuka puasa dengan meminum air di lopak jalanan.

Tidak kurang juga ada manusia hanya mampu menyuapkan pasir ke dalam perut mereka sebagai syarat memenuhi tuntutan lapar yang dirasa.

Ketika kita bermewah-mewah mengambil pelbagai makanan dan meletakkannya ke dalam pinggan yang akhirnya terbuang begitu saja, ada manusia hanya mampu mengintai dari luar restoran sambil menelan air liur dan menjadi saksi kepada pembaziran kita.

Tidak kurang juga menjadi penunggu tempat pembuangan sampah di belakang restoran untuk ‘menikmati’ sisa makanan yang kita buang.

Kadangkala kita terlalu berkira untuk melakukan sedekah kerana khuatir simpanan harta kita akan berkurangan. Maka cukuplah RM1 diletakkan ke dalam tabung masjid. Bukankah paling penting adalah sifat keikhlasan?

Namun pada masa sama, berapa banyak kita bazirkan melalui pembuangan makanan yang berlebihan? Satu fakta yang saya peroleh daripada sebuah majalah menyatakan, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia dalam setahun atau secara puratanya 1.3 kilogram bagi setiap penduduk negara ini.

Daripada anggaran 20,000 tan sisa pepejal yang dibuang setiap hari, 45 peratus daripadanya adalah sisa makanan.

Betapa kita rakyat Malaysia kaya dengan makanan hinggakan tong sampah di rumah kita juga ‘kenyang’ dengan pelbagai sisa makanan.

Bersempena Ramadan yang mulia ini, marilah kita merenung kembali sejauh mana kita kufur nikmat Allah dalam keadaan tidak menyedari kelalaian itu.

Ketika memilih untuk membuang sesuatu makanan, fikir dan ingat betapa masih ramai di luar sana yang berjuang untuk sesuap nasi demi sebuah kehidupan.




Sumber dari Harian Metro - 16 Ogos 2012

Friday, August 3, 2012

Kuih raya

Biskut Chocolate Bubble Crunchy / Chocolate Bubble Crunchy Cookies

Bahan-bahan
Bahan A
200gm rice bubble
200gm mentega cair


Bahan B (dibakar dahulu)
200gm serbuk badam / gajus
100gm badam cincang (almond nibs)

Bahan C
250gm coklat masakan
50ml minyak jagung

Hiasan : manik berwarna atau disukai

Cara-cara :
1.  Gaul bahan A hingga rata, kemudian bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
2.  Bahan B dibakar terlebih dahulu, kemudian satukan bersama bahan A, gaul hingga rata.
3.  Masak bahan C secara double boil, biar coklat cair angkat dan masukkan minyak jagung, gaul rata.  Kemudian masukkan bahan A dan B tadi.  Sudukan ke dalam mangkuk kertas, tabur dengan bahan hiasan dan biarkan sehingga coklat membeku.