Hari ini 10 Jun 2011 merupakan ulang tahun kelahiran saya. Saban tahun inilah hari yang ditunggu ..namun sejak 10 tahun kebelakangan ini hari berkenaan saya tak pernah tunggu. Sebabnya ialah sekarang sejak angka umur mencecah 4 series, muka pun dah berkedut sana sini.. lemak pun dah naik sana sini.. So tambah umur .. tambah tua le. Dah tua kena cari le ubat-ubat yang boleh jadi muda semula..Ha ha..
Utk tahun ni tak expect apa-apa hadiah dari suami. Sebabnya last year dia dah bg hadiah. Selalunya berselang. Lagi pun awal Mei lepas aku dah minta set rantai leher dari nya mana sampai hati nak minta apa2 lagi.
Utk celebration kali ni cuma gi makan malam ngan family di Ali Cafe..okey le.. setakat nah happykan semua orang. Yang bayar tetap suamiku..
Berita baik petang tadi pejabat kata ada tunggakan nak bayar pada ku Julai ini.
No comments:
Post a Comment