image atas

image atas

Monday, May 23, 2011

49. Anniversary perkahwinan ke 16

Sabtu 21 Mei merupakan ulang tahun perkahwinan ku.  Menjangkau usia 16 tahun amat ku hargai dengan pelbagai dugaan dan pasang surut kasih sayang, stress kerja, melayan anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai karenah yang kadang-kala amat memenatkan.
Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurnia Nya kami suami isteri dapat mengharungi semua rintangan bersama.  Dulu kurus sekarang dah cam kayu balak, ni menunjukkan banyak dah asam garam, tendang menendang dengan sikap pasangan masing-masing.

Nak cerita, selalu anak saya akan bertanya "Mama, mama jumpa papa kat mana" kata kakak (anak sulungku). Hamya mampu tersenyum, mahunye dia akan gelakkan aku kalau aku cerita yang sebenar.

"Papa, cam ne papa jumpa ngan mama ye.  Mama kat Johor, papa kat Terengganu" anak ku yang bungsu pula senang utk berdialog dengan papanye.  Yang pernah ku dengar papanye menyebut "Dulu papa jumpa ada seorang perempuan tu tengah menangis kat jalan, dia minta papa hantarkan keumahnye".  "Kat situ le papa kenal dengan family nye". Ehh menanah telinga ni dengar.

Rasanya tak perlu diceritakan hanya aku dan hubby je yang tahu hal sebenar, tak rela nak dikongsi dengan semua termasuk anak-anak kami.  Tapi nak maklum gak kami kenai 9 tahun baru dia nak merisik dan seterusnya kahwin. Saya mas tu tingkatan 5 (heeiii gatal tul dah ada boyfreind).  No..no i cuma kawan je ye.. masa tu hubby study kat UTM, Skudai.  

Pernah terputus hubungan, tapi masa saya semester 2 di UUM dia ada menghantar surat (ala dulu-dulu kan pakai surat, mana ada mel, telefon).  Nak grand sikit pakai telegram (apa hal lak bercinta pakai telegram... hu.. hu..

Ada berhubungan dengan guys lain tapi mungkin tak de jodoh tu yang clash masa kat U (tak le nak kenang lagi le..)

Cerita pasal hari perkahwinan.. dulu setakat sanding je.. mana ada photographer, tema-tema... Duit pun masa tu mana ada bnyk, baru keje 7 bulan.. tak mampu nak pakai tema, photographer..anyway rasanya macam semalam je peristiwa dan kenangan manis tu.  Alhamdullilah dipertemukan dengan hubby yang dari dulu menerima pendapat ku.. Cakap ngan dia i nak dia beli rumah sebelum kahwin.. pun dia turutkan. 
Untuk suamiku (yang tak romantis) terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan semoga Allah memberkati keluarga ini untuk selama-lamanya.

Thursday, May 19, 2011

Sketsa pendek

Hatiku resah & gelisah, tapi ku lihat anakku begitu relaks n santai."Esok ada exam sek agama syg" lirih ku berbisik pd nyer. Dia memandang kosong pd ku.  Aku blalu pergi. Slunya mulutku akan terus mbebel, utk hr ni aku tak kuasa. 10 minit blalu, ku jenguk pdnyer..aduhai dah tidur ghupenye..Apalah jwpn anakku esok.
Inilah ragam dan keletah anak ku yang kedua, Najwa Qistina.  Seorang yang agak keras hati, suka ikut  kata hati, kadang kala tidak tumpu perhatian, amat berbeza dengan kakaknya.
Anyway mama tidak akan berhenti untuk berdoa agar lembut hatinya.
 

Sunday, May 15, 2011

Happy Teacher's day



Esok 16 Mei adalah hari Guru.  Petang ni gi kedai cenderahati, memang ramai manusia termasuk kanak-kanak (termasuk anak2 ku jua)

Biasa le..semua nak beli hadiah.. Utk mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tak jadi masalah tapi camne ye jika ibu bapa kurang berkemampuan, tentu anak2 mereka pun rasa sedih tengok rakan2 masing membawa hadiah utk guru kesayangan masing2.

Utk semua guru, harap dapat memahami, hadiah kadang kala jangan dijadikan kayu pengukur kepada pilih kasih.  Berilah perhatian dan kasih sayang pada semua anak murid tanpa melihat latar belakang keluarga.  Tanggung jawab guru adalah mendidik anak dari tidak boleh membaca jadi pandai membaca, dari tidak reti mengira lancar mengira.  Teruskan lah tanggungjawab anda untuk memastikan setiap kanak-kanak yang ke sekolah dapat mengakhiri hidup mereka menjadi manusia yang berjasa pada ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

ha@Py Te@ChER's d@Y for all teacher in Malaysia, juga utk rakan2 ku yg telah menjadi guru ; semoga terus tabah menjadi pendidik dan terus memperjuangkan karier ini.. GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..
 


Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY



Setiap minggu pertama Mei diraikan jasa-jasa ibu sedunia, so utk tahun ni jatuh pada 8 Mei 2011.  Untuk semua ibu, emak, mama, mak, mami, mummy, ummi, amma dan sebagainya.. HAPPY MOTHER'S DAY.

Semoga semua ibu diberi kesihatan, kekuatan dan kecekalan dalam menhadapi cabaran mendidik anak-anak.  Kepada anak-anak sila raikan moment ini dengan ibu-ibu anda termasuk ibu mertua mu jua..

Puisi utk semua mama yang baca blog ini