image atas

image atas

Tuesday, February 18, 2014

BUdak kecik dah besar





Kakak dan Adik

Buat adik dan kakak..

Kalau kalian berdua terbaca coretan mama di sini, ketahuilah bahawa mama sayang pada kalian berdua. Mama tau mama bukanlah terbaik buat korang. Mama tak tau nak psiko ke, diplomasi ke pada korang. Kalau nak marah, mama marah je, mama leterkan, kadang-kadang mama perlecehkan korang terutama kakak juga adik,,,

Kakak ingat tak mama tak pernah puji bila kakak dapat markah tinggi dalam exam, tapi bila markah rendah mama cakap, " Banyak ni je, kan subjek senang?" Kakak terasa kan? Mama tau sebab mama ada terbaca luahan kesedihan kakak tu. Dan bukan sekali dua mama perlecehkan kakak, nak tau kenapa? Mama nak kakak jadi orang yang kuat jiwa, tak mudah kecik hati dan lembik bila diperlecehkan orang. Mama nak kakak boleh handle setiap masalah dan kontrol perasaan, kembalikan setiap masalah pada Allah...

Sebenarnya mama rasa bersyukur sangat bila tengok kakak sekarang. Kakak teguh menjaga keperibadian sebagai remaja muslimah dan bijak menyelesaikan setiap masalah. Mama tau bukan mudah buat kakak pada awalnya kan? Semua nak kena urus sendiri. tapi sekarang kakak dah bolehkan?

Satu yang mama perasan, kakak ni menurun perangai mama..garang. Kakak janganla ikut perangai mama yang garang tu. Mama memang kena garang, bersebab tau. Kalau kat rumah, memang mama jadi singa kalau korang buat perangai buruk dan lengahkan solat. Kat pejabat mama kena garang supaya anak-anak murid mama jadi 'orang', garang mama bertempat. Kalau betul kakak nak jadi doktor macam yang kakak cakap tu, belajarlah berhemah dan lemah-lembut ya. Tapi mama perasan juga, segarang-garang kakak, adik di rumah ni sentiasa rindukan kakak, tertanya-tanya kalau kakak tiada.  Sebabnya tiada saudara lain yang boleh dimanjai.

Adik....

Mama memang susah hati ddengan adik. Doa mama tak putus buat adik. Dalam setiap doa mama akan bayangkan raut wajah adik. Mama takuttt..

Adik pergi sekolah agama. Sampai darjah Khas lagi.  Tapi pelakuan adik Nampak kurang didikan agama.  Adik selalu leka. Selalu lewatkan solat, bila dah ngadap youtube, 5 jam pun sanggup, sedangkan solat  5 minit pun bukan main liat lagi nak bangun. Punggung macam dah kena gam syaitan kat kerusi/katil, tak boleh bangun. Subuh pun hanya niat je tapi kalau mama kejut bangun, memang tak bangunkan jawabnya? Puas dah mama marah..dan sakit hati....sampai mama rasa adik tak payah balik Sekolah kat sini, Sekolah je kat asrama penuh. supaya mama tak nampak dan mama tak sakit hati..

Itu dua perkara yang buat mama susah hati dengan adik. Youtube dan solat. Senang je kalau nak buat mama sejuk hati pada adik, tunaikan solat awal waktu dan kurangkan tonton youtube. Tu je....

Bila kita nak tau Allah sayang kita ke tak, tengoklah orang di sekeliling kita. Macamana mereka dengan kita, senang ke mereka berkawan dengan kita, atau mereka sentiasa nak jauhkan diri dari kita. Sedihkan bila orang tak suka, benci kat kita. Itu orang benci, tapi kalau Allah yang benci kita, kat mana lagi kita nak mengadu nasib, sedangkan dalam setiap detik nafas kita sentiasa perlukan DIA...

Berubahlah adik...

Bukan untuk mama, tapi untuk diri sendiri. Selama ni, kalau dalam hati adik selalu salahkan mama dan papa kerana menyangka kami tak adil dalam memberikan kasih-sayang, sangka kami lebih sayangkan kakak, ketahuilah, kami sayangkan kakak kerana dia anak yang taat, taat pada kami dan lebih lagi taatkan Allah. Kalau dalam hati adik tertanya-tanya kenapa adik-adik boleh sayangkan kakak walaupun kakak garang, itu kerana kakak bijak suaikan keadaan, kat mana perlu marah dan kat mana perlu sayang dan gurau senda dengan adik-adik. Adik pulak dengan adik-adik macam ais, dingin beku, sejuk je...tak taula nak tunjukkan kasih-sayang dengan kakak, papa dan mama, jadi macamana kami  nak rindu dan sayang pada adik seperti diorang sayang dan rindu pada kakak....

Di sini sekali lagi mama nak cakap, mama sayang setiap anak mama, susah payah mama mengandungkan korang selama 9 bulan, jerih-pedih pula nak membesarkan korang, dan pahit-getir mama dalam nak memastikan korang jadi anak-anak soleh di dunia dan akhirat, bukan kerana nakkan sesuatu sebagai balasan, Tapi kerana memang itu tanggungjawab yang akan dipersoalkan Allah di Akhirat nanti...

Akhir sekali, mama minta kepada setiap anak mama, tolong, tolong jadikan Allah dan Rasul sebagai hidup mati korang, InsyaAllah korang akan selamat dunia dan Akhirat, Aminnnn...