image atas

image atas

Monday, February 20, 2012

Patut dah lama buat

Dengar berita awal pagi dari Sinar FM, Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan menghapuskan pengeluaran visa pelajar bagi mengurangkan isu sosial seperti penyalahgunaan visa bagi tujuan pelacuran serta jenayah.

Bole baca di sini utk maklumat lanjut.

Ni berita sepenuhnya - kredit kepada utusan.


KOTA BHARU 20 Feb. - Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu adalah tepat.
Malah bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Mesir, Zulkifli Yaacob mencadangkan supaya visa untuk pelajar dari negara-negara Afrika dihentikan terus kerana ia mengancam keselamatan negara dan rakyat.
Beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pelajar Afrika hanya datang untuk mencari wang di negara ini dengan menggunakan pelbagai cara termasuk melanggar undang-undang dan bukannya untuk belajar.
"Saya menyokong penuh keputusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana pelajar asing terutama daripada Afrika menggunakan visa bukan untuk belajar, saya dapati 99 peratus pelajar Afrika datang ke sini bukan untuk pelajar.
"Mereka datang ke sini adalah untuk mencari wang dengan melakukan kegiatan yang tidak elok seperti menjadikan negara ini sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
"Agak pelik mereka tidak pergi ke negara Arab atau Eropah, mereka sanggup meredah dua benua untuk ke negara ini kerana undang-undang kita longgar," dakwanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.
Kementerian tersebut hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.
Zulkifli berkata, kerajaan perlu mengetatkan sistem pendidikan dalam aspek pengambilan pelajar asing kerana mereka telah menimbulkan masalah sosial.
"Saya pernah belajar di Mesir dan pernah ke United Kingdom, kedua-dua negara amat menjaga soal keselamatan negara dan tidak membenarkan orang asing masuk ke negara mereka sewenang-wenangnya.
"Selain itu, saya juga merasa amat sedih apabila melihat orang Afrika ini merosakkan pelajar-pelajar kita terutama perempuan, mereka ini bukannya ada pelajaran dan berharta pun," dakwanya.

Dah banyak masalah baru nak hapus.  Kenapa tak 8 tahun lalu.  Anak2 tak sah taraf keturunan African dah banyak kat Malaysia, bangsa Melayu yang mempertahankan hak Melayu pun ramai mati, gadis-gadis yang merengkok kat penjara lagi..

Latiff Ibrahim & Rafeah Buang - Laguku Dua Irama

Al Fatihah

Isnin, 20 Feb 2012
9.00 mlm

Malam ni buat keje awal, gosok baju anak, basuh baju semua siap sebelum jam 9.00 mlm. Ingatkan nak gi bengkel untuk buatkan essei bagi JUSA Pengarah, tapi hujan rintik2 kat luar tak memangkin hajat utk pergi.  So stay at home sambil tu cari bahan utk dibincangkan esok.

Mata kat bilik air sambil tu tengok Buletin Utama TV 3, terdengar berita kematian penyanyi 70an - Latiff Ibrahim.  Masa kecil2 dulu lagu dia yang selalu saya dengar.  Mak saya pun suka sangat lagu2 beliau..
Al Fatihah utk beliau semoga Allah mencucuri rahmat atas kebaikan beliau di dunia dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Insyallah.


Latiff Ibrahim - Mengenang Dikau Kembali

Monday, February 6, 2012

Dinner semalam

tercpi jg nak g senibung..DH merajuk sbb org sblh asyik membebel. Separuh jln suruh bini bw kete. I no hal. I bw lebih cepat drnya, yg penting sampai. Alhamdullulah.. Smpi sana alamak bnyk dah kete.. Gi ronda pantai dulu, sbb dah nmpk spsg kekasih si hitam n si jingga sdg mmadu asmara. Jgn salah sangka kucing le... Teringat kucing i yg dah tak balik2 sejak rumah tukar gate baru. Hutam balik le mama rindu ni..

Jalan2 dulu, sbb ingatkan nak mkn nasi lemak tapi x jumpa so g makan seafood je le kita.

Ambik lobster masak butter, sotong goreng tepung, lal goreng sambal, tom yam xampur, kailan belacan lawan ngan nasi campur okey kan!

Okeylah masaknyer.. Sedap jg. Yg penting murah semua cuma rm 121.40. Duduk makan dah hmpr habis magrib, so g solat dulu.. Masjid pun dekat. Dapat lg rezeki berganda.. Ada org bg berkat ebb ada kenduri yassin kat mesjid, sy dpt 3 vgks nasi lemak free.

Makan2 di Senibong

6 Februari 2012

Jom makan di Senibong..


entry merapu

6 Februari 2012

Tuan punya belog dah  malas nak update belog..puncanya macam yang pertama malas, yang kedua sibuk, yang ketiga tak sempat kat umah banyak no keje..
Dah naik besawang si labah2 membuat sesawang.. achumm habis hidung pedih masuk habuk, mata pun dah merah ..

Hari ni masih cuti maulidur rasul.. kebetulan DH pun ambik cuti.pagi smpi petang duduk baik2 kat umah. Basuh baju sekolah anak, cuci cadar, kemas rumah ..masak..
Masak tengahari pun menu yang mudah buat botok2 n masak labu ngan udang.. okeylah kan..
Sambil tu menjerit2 gak tengok anak tak nak buat keje rumah aka home work.. suma asyik nak berFB je.. ta tahu le apa nak jadi bebudak skrg.