image atas

image atas

Saturday, January 15, 2011

kudapan pagi

bangun pagi, agak terkejut sbb kucing ku si Itam yg jadi jam loceng.. buka pintu suruh kuar, tak nak kuar. Agaknya lapar kot tu yg bising.. lps subuh je gi dapur.. wlpun hr minggu bnyk keje kena buat sblm kul 10.00 nak balik kg.


ni si Itam yg jadi kesayangan kami


Utk kudapan pagi buat yg simple.. je le. ada baki leh bawa balik kg..
Nak buat Talam Lapis pelangi.. guna resepi kak wan boleh jenguk kat sini . Dah selalu buat memang jadi, bahan pun memang ada kat dapur.. terus buat

memang sedap

Sunday, January 9, 2011

Tunggu punye tunggu

Dlm kul 5.00 ptg,dpt panggilan dr adik kata nak datang utk cetak dokumen.. okeylah sbb tak plan nak gi mana2 pun..Gi dapur le utk prepare apa yg patut.. buat APAM PISANG COKLAT.. .tapi adjust sket bahan-bahan sbb ada yg tak cukup..

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum* (yg ni ikut)
2 sudu makan serbuk koko*(yg ni ikut)
1 sudu teh soda bikarbonat*(yg ni ikut)
1 sudu teh baking powder*(yg ni ikut)
1 sudu teh garam(yg ni ikut)
1 cwn pisang emas yang dilecek(yg ni ikut)
1 cwn minyak masak(yg ni ikut)
1 1/2 cawan gula perang (ganti ngan 1 mangkuk gula putih)
2 biji telur (dipukul) 

Cara-cara
  • Panaskan kukusan
  • Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
  • Masukkan pula bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  • Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
  • Kukus selama ½ jam atau sehingga masak. 
     
    terima kasih kak serojakitchen .. utk resepi asal ambik dari sini. Rasanya mabeles... anak2 suka . tapi yg ditunggu tak kunjung tiba.. tak pe lah esok bw ke opis utk diperabis..
     
     

Thursday, January 6, 2011

Bertuahnya Terengganu

Amboi, negeri suami ku... Terengganu, bertuahnya pemimpin, banyaknye duit, kreatifnya sebab keluarkan nama2 murid mereka yang straight A.. (9A, 8A, 7A) mengikut sekolah. Alhamdullilah negeri yang kekuatnya orang Melayu boleh cemerlang juga, Kalau Johor Melayu semua ketinggalan semua bidang, kejayaan kecil tapi diwar-warkan nampak besar...


Tahniah kepada murid-murid cemerlang Terengganu, semoga lebih cemerlang dimasa akan datang, juga tahniah kepada semua guru2 nye kerana berkorban masa, tenaga dan kepakaran dalam memastikan kesinambungan kejayaan murid-muridnya.. tanpa guru siapalah mereka... Negeri lain kalau nak iklan kejayaan murid cukup muka surat ke???

Majlis Perpisahan @Tropical Inn

Patah tumbuh hilang berganti...

Perumpamaan lama yg selalu dikaitkan dengan kehilangan seseorang yg disayangi...
Tengahari ni 6 Januari 2011, pejabat menganjurkan Majlis Perpisahan pegawai yang keluar .. En. A dan En. Y. Pindah dalaman je.. anyway sbg ketua aku kena le appriaciate jasa-jasa pegawai so kena sokong le utk adakan majlis ini.  Pemilihan tempat dibuat oleh Pn Y, aku on je.. rasanya dah bnyk kali makan kat cni suma utk meraikan majlis perpisahan.. dulu kalu tak silap tahun 2003 masa meraikan Pn Khalidah ke BTP Bukit Kiara, aku masa tu muda lagi... yg best Pn Khalidah belanja.. 

Kat cni makan ok2, sbb aku cuma suka makan dessert je, mkn berat2 cam ikan, ayam tak suke sgt, tapi kalau dah ada bantai makan je lorr..

Nak cerita psl pegawai aku sket, En Amizan ni aku suka sbb bertanggungjawab, cepat bertindak, tegas, bagi tugas mesti settle punyer.. nak lepas memang sayang (sayang sbg staff je) tapi sbb tak nak dia beku kat opis biar le dia ke tmpt lain... at least dia belajar benda lain.. penting gak utk masa depan... Nasib baik dah dapat pengganti .. En. K, budak muda harap boleh belajar cepat... energy pun mesti meletop..Harap-harap budak ni boleh berkembang pemikiran dan tabah le khususnya ngan leteran ku...


Pasal En. Y lak, aku solute le sbb dia lebih older then me, so i kena respect, dia ok (walaupun slalu tak de kat opis) almaklum le pengaruh nya besar smpi Kementerian pun kenai dia.. Dia baik, tapi staff lain slalu 'pau' dlm bentuk material, RM dsb. Aku tak suka le sbb suma staff dah kena bayar (termakan budi) utk taat padanye..yg pasti pempuan pun sama..gedikkk...

Harap-harap penganti mrk consistent dalam buat keputusan,  telus, akauntabiliti, tak ambik rasuah.. etc.

Peristiwa paling tak dapat dilupakan.. staf nak kuar awal so minta kebenaran, aku tgk jam masih kul 11.30 pg tak kan nak gi tgk tmpt.. msh awal, pas2 yg tak best nak bawa suma kerani bersama.. ehh.. Boleh lagi nak ngumpat aku sblm kuar, ingatkan habis kat situ, last2 kul 12 tgh dibawanye suma... emmm... cam ne nak bg markah prestasi tinggi (peribadi dah out)..
 
Gambar makan2 tak de... tak sempat nak snap.. Tapi yg penting mula2 mkn desert (kek), sup kubis, pastu makan nasi sket, ambil lauk daging masak tomyam (heaven), sayur brocoli, n ikan masak sweet n sour. okey lah not bad.. bayar murah RM 25 je.. staf yg lain layan nasi ayam.. (tak minat sgt le)...last baru makan bubur jagung .. ok lah..










 

Perhimpunan Bulanan Jabatan

Pagi ini jabatan menganjurkan perhimpunan bulanan .. yang pelik dan ajaibnya kenapa le urusetia perhimpunan masih kekalkan bilangan 12 tahun 2010.  Kalau ikutkan bulan 12 dah habis tahun lagi le dah tahun baru, why not terus buat bilangan 1 tahun 2011 kan lebih jimat. Nak kata nak achieve SKT, yang tu dah lepas lg pun bukan kesilapan kita.. PM dah bagi cuti ms 31 Disember 2010..nak buek camne.


Ketua Jabatan nampak happy sgt, almaklum le bangunan baru dah siap.  Buat perhimpunan dalam bilik seminar memang best giler.. sejuk, selesa tapi cam pelik almaklum le kat 3 jabatan lama dulu perhimpunan semua buat kat padang, berdiri lak tu. Yang patriotik nye ada upacara naikkan bendera, nyanyi pun minus one.  so suma kena kuarkan suara yg merdu..